Wednesday, 14 December 2011

14 Disember 2011 - Happy Birthday Kakak - Yang Ke 11

14 Disember 2011...Suatu hari untukmu kakak..Hepy Besday Kakak, ibu ucapkan selamat menyambut ulangtahun yang ke 11. Ibu doakan agar kakak dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan diberi kesempatan untuk meneruskan kehidupan hingga ke alam dewasa sekaligus moga impian kakak akan terlaksana suatu hari nanti..insyaallah.  Moga tahun 2012 yang akan menjelma tak berapa hari lagi akan merubah kehidupan kakak agar kakak akan bertambah sihat dan dapat meneruskan persekolahan hingga dapat menduduki peperiksaan UPSR dengan jayanya.

Kakak, ibu tak dapat nak beri hadiah yang mahal-mahal untuk kakak, hanya ibu dapat memberi sekalung doa buat kakak. Sori kakak ibu tak dapat nak sediakan walaupun sebiji cup cake untuk kakak sebab nampak macam tak kena hari saja hari ni.  Ya la, walaupun hari ni sepatutnya kakak patut diraikan tapi disebabkan family kita tak dapat nak berkumpul, along pun tak balik lagi, kakak pulak seharian kat hospital hari ni ambik darah, urine test jumpa doktor apa semua jadi besday kakak tak dapat nak dicelebrate.  So, ibu janji nanti ibu belikan kakak kek bersamaan dengan besday angah 24hb ni..sabar tau kakak..

Impian kakak untuk besday hari ni..?  Emm..semestinya kakak nak jadi pengawas, kakak suruh ibu bagi tau Sir yang kakak tetap nak jadi pengawas jugak.  Jadi ibu terpaksa lah mintak kakak buat dua pilihan...ibu nak juga realisasikan impian kakak supaya kakak dapat hepi agar penyakit kakak dapat duduk diam untuk seketika dan tak dapat nak aktif.  Kakak cakap kalau ibu tak nak bagi tau Sir tentang bab pengawas tu, kakak nak sambut besday kat dalam Wad 7 - Wad Pediatrik Hospital Tuanku Fauziah, Kangar.  Okay..okay yang ni boleh ibu tunaikan tapi nampak macam tak sempat nak buat preparation sebab hari ni hari kakak nak kena review kad Paeds Clinic. Jadi ibu pun buatlah ala kadar apa yang sempat beli cokelat-cokelat saja.

Lepas habis jumpa doktor kat Paeds Clinic tadi terus bawa kakak ke Wad 7 untuk beri cokelat-cokelat tersebut.  Akhirnya kakak dapat tersenyum gembira sebab impiannya dapat jugak dilaksanakan dengan bantuan misi-misi kat dalam wad yang memperkenalkan kakak sebagai patient tetap di situ.  Ramai jugak mak bapak pesakit mengucapkan hepi besday kat kakak walaupun ada yang langsung tidak mengenali kakak. Kakak dapat tersenyum riang dengan situasi yang langsung tak terlintas di fikiran. Hepi besday kakak..hepi besday kakak... Tapi sedikit terkilan sebab ibu terlupa nak rakam detik-detik manis tersebut..emm kalau ada rezeki dan diberi umur yang panjang tahun depan kita buat lagi kakak...rai kat dalam wad kanak-kanak cuma tempatnya belum pasti lagi samada di Wad 7, Hospital Tuanku Fauziah Kangar atau kat dalam Wad 8A, Hospital Selayang.

Lepas selesai segala urusan di hospital, kakak ajak pergi The Store satu-satunya pasaraya yang ada kat Kangar ni, kakak cakap dah lama tak ke sana. Kesempatan ini Ammar pulak rupa-rupanya ada jugak perasaan nak buat bagi kakak gembira, dibawa duit simpanannya yang sedia ada kat dalam kereta untuk beli something untuk kakak.  Yang bestnya Ammar cakap apa yang kakak nak dia akan beli tak kira berapa harga dia akan beli untuk kakak.  Rupanya senakal-nakal Ammar ada perasaan jugak  Kakak cakap dia nak kasut...emm tak habis-habis ngan kasut kakak ni.  Pilih punya pilih tak ada yang berkenan nampak semuanya macam jualan penghabisan stok. Akhirnya bila naik ke tingkat 3, kakak berbisik nak beli beg untuk dibawa pada hari peperiksaan. Hmm...beg pulak padahal bukannya hari-hari boleh bawak beg tu..beg sandang saja.  Ammar tanpa rasa ragu-ragu terus membeli beg tersebut dengan berlatarkan gambar Princess...Princess watak kesukaan kakak. Tak mahal tapi RM20 jugak la Ammar keluarkan duit simpanannya..thank u Ammar..

Begitulah ceritanya tentang sambutan ulangtahun kakak yang ke 11 yang jatuh pada hari ni.. may u enjoy your self kakak..jangan sedih-sedih lagi.  Kakak ada semua yang sentiasa  menyayangi kakak...menyokong kakak dan ramai yang turut simpati dengan nasib kakak. Kakak harus kuat menempuh segala cabaran dan dugaan untuk hidup dengan lebih bersemangat...Sayang kakak...

Tuesday, 6 December 2011

Kaulah Racun... Kaulah Penawar

Cuti sekolah dah pun bermula...seronok pun ada, tak seronok pun ada. Seronok bila dapat berkumpul satu family dalam satu masa tapi yang tak seronoknya bila rumah jadi riuh rendah dengan gelagat anak-anak yang suka sangat nak bergaduh.  Hal-hal kecik boleh jadi besar lastly dengan mak pak sekali tumpang sekaki. Paling tension aku rasa bila rumah jadi macam tongkang pecah tunggang terbalik semua ada. Yang heran sekali kemas sari sepuluh kali pun tak kemas-kemas jugak..

Paling memeningkan kepala bila melayan karenah tuan puteri yang sorang ni.. alahai mengalahkan Tuan Puteri Gunung Ledang la pulak..Asal saja terpandang muka aku bukan ada topik lain asyik-asyik nak jadi pengawas..asyik-asyik nak jadi pengawas.  Heran betul apa yang best sangat dengan title pengawas tu pun aku tak paham. Puas dipujuk..puas dinasihat asyik benda tu saja yang ada dalam fikiran kakak.  Ibu bukannya tak faham dengan keinginan kakak tapi mungkin keadaan kakak tu yang tak mengizinkan.  Ya la kakak sendiri pun tahu kan dalam sebulan berapa kali kakak boleh pergi sekolah... masa kakak kan banyak dihabiskan di hospital saja..kakak pun tahu kan situasi kakak jadi mungkin SIR kesian kut kat kakak tak nak lantik kakak jadi pengawas bukan apa nanti kakak akan dibebani dengan tugass-tugas dan tanggungjawab seorang pengawas nanti kakak juga yang akan stress..

Hmm..ubat Fluvo macamana kakak??? tak nak makan dah ka? Kakak kena ambik la Fluvo tu untuk menenangkan hati kakak yang asyik stress n tension.  Walaupun ibu kekadang tak mau jugak kakak makan dalam jangka masa yang panjang tapi bila tengok keadaan kakak yang tertekan tu memang kakak kena makan seperti yang DR HARLINA cakap tu..mang betul kakak..makan tau!

Tapi kadang bila difikirkan tentang pengurusan pihak sekolah ni mang tak la berlaku adil sangat, macamana la nak naikkan semangat murid-murid bagi minat nak p sekolah tambah-tambah insan istimewa macam kakak ni.  Apa salah kalau cikgu-cikgu terutamanya guru besar tolongla faham akan keinginan kakak yang ingin sangat nak jadi pengawas.  Bukannya aku tak rendahkan diri cakap ngan guru besar tentang keinginan kakak yang satu ni dan guru besar pun dah janji akan melantik kakak sebagai seorang pengawas tapi tak tau di mana silapnya guru besar telah mungkir janji. Aku masih ingat lagi awal tahun hari tu.. di depan hubby di depan along, Sir Kamaruddin telah memberi janji-janji palsunya yang dia akan memenuhi impian kakak tu.  Kakak ku lihat begitu teruja nak tukar uniform sekolah dan kasut baru pengawas.  Hari yang dinanti-nantikan telah tiba... di hari perlantikan pengawas kakak tak pun dilantik.  Kesian kakak balik dengan peasaan sayu dan hiba..frust bukan kepalang.  Takpa la kakak mungkin yang Sir Kamaruddin cakap tu bukan untuk perlantikan tahun ni..mungkin untuk perlantikan sessi baru persekolahan tahun depan..kita tunggu ya kakak..

Kini dah hampir setahun berlalu penggal persekolahan dah pun tamat...tahun depan kakak dah pun Tahun 6..UPSR kakak..2012 nanti..Kakak janji tau paling kurang kakak kena bagi dapat 3A kalau nak capai 5A mungkin kakak tak mampu kut.. Tapi sebelum cuti sekolah hari tu aku sekali lagi digemparkan dengan tangisan kekecewaan kakak..Kakak pulang ke sekolah dengan perasaan penuh rasa hampa dan kecewa bagi tau satu kelas dilantik sebagai Pengawas..termasukla Pengawas Sekolah..Pengawas Pusat Sumber dan Pengawas Keceriaan...Hmm..takpa la kakak mungkin cikgu-cikgu ada sesab yang tersendiri mengecualikan kakak dari perlantikan tu. Walaupun aku seakan tidak menyebelahi kakak tapi dalam sanubariku tersentuh jugak la...hari tu aku dah cakap ngan guru besar tolongla penuhi impian kakak yang satu ni sebagai satu terapi untuk penyakitnya..dengan secara tak langsung penyakit kakak mungkin tak begitu aktif sangat bila kakak happy..tapi apakan daya kakak kita hanya merancang saja tapi untuk memenuhi impian tu tak semestinya semua akan terlaksana.

Okay..tinggal satu saja impian kakak..berjaya dengan cemerlang di dalam UPSR 2012 nanti..Mungkin kakak dah tak menjadi murid target atau favourite sekolah tapi ibu nak kakak cuba dan buktikan kakak.  Walaupun kakak sakit dan kalau kakak berjaya dengan keputusan yang cemerlang kakak tak mungkin dapat memasuki ke sekolah berasrama penuh tapi kakak anggaplah UPSR ni sebagai pembuka tirai untuk kejayaan kakak di masa hadapan.  Kakak kan nak jadi seorang Pakar Kanak-kanak..dah tentulah kena belajar rajin-rajin baru nak tercapai segala impian tu..tak jadi pengawas pun takpa kakak..janji belajar dengan bersungguh-sungguh.  Lagi satu ibu nak pesan.. andai kawan-kawan kakak yang tak berapa cerdik tu berlagak sombong dengan status yang dipegang tu..pedulikan kakak...pekakkan telinga butakan mata...belajar dan terus belajar..Biar takda kawan kakak asalkan banyak ilmu pengetahuan. 

Lastly..ibu wish u Happy Besday on 14th December ni..next week kakak...always Gud Luck and hopely kakak akan sentiasa diberkati Allah dan ibu harap moga 2012 kakak tak akan sakit-sakit lagi diberi Allah kesihatan yang baik dan semestinya kakak diberikan umur yang panjang..InsyaAllah..InsyaAllah ada jalannya.



                                                                    Love U Kakak 

Monday, 22 August 2011

Kenangan Lalu Mengusik Kembali..


Pagi tadi lepas anak-anak semua ke sekolah sambil baring-baring tengok tv Tanyalah Ustaz aku tertidur. Sebaik saja terjaga dari tidur tengok fon ada 2 miss call. Nama tak naik tapi rasa-rasa nombor tu macam pernah tengok. Perasaan ingin tahu siapa pemanggil, aku pun terus check fon satu lagi. Rupa-rupanya panggilan tadi dari Lyn Tabung Darah dah lama tak mendengar khabar berita dari Lyn, sejak Lyn bertukar ke Hospital Ampang kami seperti terputus hubungan. Apa khabar agaknya Lyn di ketika ini, anaknya sihat ka? Aku pun terus mesej Lyn untuk bertanya khabar, Lyn terus membalas sambil bagi tahu anaknya jatuh sakit dah admit pun kat Hospital Penang pagi tadi. Lyn kelihatan agak risau takut penyakit anaknya datang balik katanya. Ya lah bagi orang-orang yang senasib dengan kami kalau anak yang sakit dah lama sihat tak perlu nak admit kerap-kerap kat hospital tentu rasa seronok. Ini tanda anak-anak kami berpeluang untuk sembuh dan hidup normal seperti kanak-kanak lain kan. Tapi tadi Lyn kata anak dia dah 2 minggu demam tak mahu sembuh, on off katanya. Dah jumpa Dr Jamal kat Hospital Tuanku Fauziah tapi Dr Jamal nampak macam demam biasa saja hanya bagi ubat, mungkin Dr pun suspect macam Viral Fever saja. Tapi sebenarnya apa yang dilalui sama macamana aku lalui kalau kakak sakit sikit bimbangnya bukan main. Bagi anak-anak yang mengidap penyakit kronik hari ni sihat esok lusa belum tentu. Tapi aku pun tak tahu macamana keadaan anak Lyn yang sebenarnya tak tengok sendiri. Aku pun risau dengaq cerita Lyn sebab anak dia memang dah betul-betul sihat selepas menjalani beberapa sesi chemo setahun dua ni. Kalau tak teruk mesti Lyn tak rasa bimbang dan tak luahkan pada aku. Tapi aku berdoa agar anak Lyn sembuh segera dan dapat beraya kat rumah. Aku pun dah hampir lupa nama penyakit anak Lyn tapi berkaitan dengan darah jugak la tapi bukan SLE macam kakak. Kalau tak silap Lymphoma apa tah aku pun tak begitu tahu sangat. Kesian Lyn, kak amat simpati dengan Lyn baru nak rasa seronok setelah sekian lama berjauhan dengan family tersayang. Dengar kata Lyn baru sebulan dapat balik ke Perlis dan bertugas kat Klinik Kesihatan Arau. Alhamdulillah Lyn, Lyn dapat jaga anak Lyn dengan lebih sempurna kalau Lyn masih kat Hospital Ampang mesti Lyn lagi susah hati kan mana dengan tempat kerja jauh mana dengan ingatkan anak lagi.Kak ingat lagi detik-detik perkenalan kita Lyn, 8 tahun lalu Lyn on call kat Tabung Darah malam kakak kritikal. HB kakak tinggal 2 saja waktu tu. Jadi Lyn terpaksa bekerja keras untuk mendapatkan bekalan darah untuk kakak. Sejak detik itu la baru aku tahu rupanya darah kakak bukan sebarangan nak dapat. Setelah puas mencari di merata hospital tak juga dapat akhirnya baru lah darah kakak dapat dari Pusat Darah Negara tu pun dengar kata ada 3 orang saja   yang berdaftar dengan Pusat Darah Negara yang mempunyai darah yang bersesuaian dengan kakak setelah 5 hari menunggu macam menunggu buah yang tak gugur. Aku pun dah hampir-hampir meroyan ya la tatkala tu aku baru sebulan dalam pantang kat Ammar. Alhamdulillah dengan pertolongan dari Lyn darah dapat jugak akhirnya. Waktu tu aku tak berapa ambil tahu sangat bab-bab perubatan jadi tak faham Dr cakap HB anak tinggal 2 walaupun Dr ada cakap kalau orang dewasa HB 4 dah meninggal. Tapi bila aku tengok semua Dr buat kelam kabut siap Dr Jamal pukul 1 pagi pun mai melawat aku dia kata dia tak boleh tidur asyik teringatkan aku, ya la dia cakap dah la mak dalam pantang anak pun tak sedar mana, mak asyik menangis saja macam mana dia tak teringatkan aku. Waktu tu Dr Lim Boon Soo incharge kat dalam wad 7 (kini Dr Lim Boon Soo telah menjadi pakar kat PPUM) dia pun tak tidur asyik monitor kakak saja, mula la perasaan aku terdetik sesuatu yang buruk bakal berlaku. Aku pun mula menggila waktu tu habis misi-misi dan Dr-dr aku p tanya sapa yang ada darah jenis O pisitive tolonglah derma kat anak aku. Adik-beradik, rakan-taulan ramai dah yang berkumpul kat luar wad datang untuk menderma darah. Rupanya baru aku tahu darah kakak special rupanya tak ada yang dapat membantu. Begitulah nasib kakak setiap bulan terpaksa masuk darah tapi terpaksa menunggu 5-6 hari untuk dapatkan dari Pusat Darah Negara. Akhirnya Dr pun dah hairan ke mana agaknya darah kakak pergi, masuk sebulan dah hilang. Akhirnya bulan September 2003 kakak telah dirujukkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya, Petaling Jaya untuk mengenalpasti apakah punca penyakit kakak. Sebulan lepas tu baru aku dapat kenalpasti penyakit kakak ialah SLE (Systemic Lupus Eurythematosus) yang dikenali jugak penyakit seribu wajah. Penyakit ni kata Dr adalah berpunca dari genetik dan sejenis penyakit auto imun yang menyerang organ dalam badan. Untuk bagi aku faham Dr kata umpama tentera kita menyerang negara kita sendiri. Waktu tu susah aku nak gambarkan bagaimana perasaan aku sebab waktu tu aku memang dah kenal tentang penyakit tu tatkala mengandung anak ketiga, Nafis.. Tiga sepupu dengan aku meninggal disebabkan penyakit tu lah. Waktu tu dia dalam pantang anak sulung, nak dijadikan cerita dia terpilih untuk memasuki Maktab Perguruan Perlis tapi dia tak cakap yang dia dalam pantang. Jadi waktu minggu orientasi teruk berjemur panas sakit pun mula menjelma. Tatkala aku melawatnya kat hospital Dr cakap dia kena SLE, tak boleh kena matahari. Aku memang terpinga-pinga jugak penyakit apa yang tak boleh kena matahari ni. Genap seminggu dia dirawat akhirnya dia menghembuskan nafas terakhir. Lagi la aku hairan penyakit apa ni seminggu saja dah tak dapat diselamatkan. Akhirnya apabila kakak disahkan oleh Dr kat PPUM mengidap SLE bayangkan bagaimana perasaan aku ketika tu, waktu tu aku menangis teresak-esak tak dapat nak menerima kenyataan sebab aku dah tau serba sikit tentang SLE. Dr pun hairan sebab apa aku begitu sedih sangat-sangat sedangkan dia belum pun bagi tahu secara detail tentang penyakit tu. Aku tak boleh nak cakap dengan Dr asyik menangis dan terus menangis akhirnya Dr suruh aku tulis kat dalam kertas  apa yang tersirat kat dalam hati aku ketika tu. Setelah aku berterus-terang dengan Dr bahawa aku ada saudara yang mengidap penyakit tu dan meninggal seminggu selepas mendapatkan rawatan akhirnya Dr telah menghantar aku untuk menjalani kaunseling. Setelah menjalani kaunseling aku pun mula dapat menerima kenyataan tentang hakikat penyakit anak aku.Mujurlah penyakit kakak dapat dikesan pada peringkat awal. Bukan bermakna aku dapat menerima 100% apa yang Dr cakap cuma aku dapat terima nasihat Dr yang menyuruh aku banyak bersabar dan cuba untuk mempelajari tentang penyakit anakku. Aku banyak ambil artikel-artikel dari internet dan banyak menyimpan keratan-keratan akhbar tentang penyakit SLE untuk menambah pengetahuan tentang SLE. Ada benarnya jugak kata Dr kalau aku terus melayan perasaan sedih siapa yang nak menjaga kakak dia pun bukannya tahu apa-apa lagi baru 2 tahun 9 bulan dan tak tahu pun apa erti sebenar tentang penderitaan yang bakal ditanggungnya. Akhirnya aku kuatkan semangat dan cuba mengambil berat dari jenis-jenis ubat yang kakak terpaksa ambil sepanjang hayatnya juga mula belajar untuk membaca keputusan-keputusan darah. Setelah 8 tahun aku menjaga kakak dan dapat mengenali jenis-jenis ubat yang diambil, kesan-kesan sampingan jugak dapat merasai seandainya penyakit kakak tengah aktif. Berbalik dengan kisah Lyn walaupun Lyn dah lali dengan nama Nasuha Qistina tapi dia tak kenalpun empunya diri hinggalah suatu hari pada awal tahun 2007 waktu tu aku on the way nak balik ke Perlis setelah balik dari buat rawatan gigi kakak kat PPPUM cabut gigi under g.a. Hidup kakak begitu sukar sekali hinggakan nak cabut gigi pun tak boleh buat kat Hospital Tuanku Fauziah, admit kat Hospital Alor Setar ketika tu pun tak boleh nak buat apa-apa hanya kerana tak dapat bekalan darah. Dalam perjalanan balik dari PPUM tu lah mak bagi tahu Nafis kena demam campak aku terus jadi takut sebab Dr dah cakap kakak kena elakkan dari pesakit campak kalau tidak dia akan jadi teruk sebab campak tu akan mula menyerang organ-organ dalaman. Aku pun terus menalipon Dr Jamal kat Kangar bagi tau tentang Nafis terus Dr Jamal cadangkan agar Nafis admit saja kat wad 7 untuk elakkan kakak terkena jangkitan. Akhirnya aku sampai kat rumah jam 1 pagi terus basuh kain-kain baju dan prepare untuk Nafis nak admit pulak. Letih bukan kepalang jam 7 pagi setelah angah ke sekolah sebelum kakak terjaga dari tidur terus kami ke Hospital Tuanku Fauziah bawa Nafis. Nafis diletakkan dalam bilik pengasingan dan Dr sarankan agar kakak tak dibenarkan datang melawat. Bermula detik itu lah aku kenal Lyn secara dekat sebab dia merasa hairan kenapa demam campak pun nak kena admit jugak. Setelah aku bercerita tentang kakak barulah kami pun rancak bercerita mula Lyn pun teringin sangat nak tengok kakak sebab dia dah lama kenal dengan nama Nasuha Qistina ni katanya nama ni cukup famous kat makmal. Waktu tu anak Lyn, Shuhaida demam dah sebulan tapi tak dapat kesan puncanya tapi aku tengok badan anaknya penuh dengan kesan-kesan lebam. Dari apa yang aku faham situasi anak Lyn ni ada kena mengena dengan penyakit darah. Aku memberanikan diri untuk membayangkan tentang apa yang aku rasa. Tapi Lyn kan kerja kat Tabung Darah dia lebih arif daripada aku tentang penyakit-penyakit ni. Lyn cakap dia dah buat ujian sendiri kat anak dia setelah Dr kata anak dia tak ada apa-apa. Hasil ujian yang Lyn buat juga tak dapat kesan apa-apa waktu tu. Hinggalah satu hari Nafis nak discharge setelah 10 hari kat dalam wad 7 tu anak Lyn pun turut discharge. Tapi Lyn cakap 2 hari lagi anak dia kena admit lagi untuk dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk menjalani ujian mengesan apa sebenarnya yang menimpa anak Lyn. Kami sempat bertukar nombor talipon untuk bertanyakan khabar anak-anak kami. Setelah 3 hari anak Lyn kat Hospital Pulau Pinang akhirnya Lyn hantar mesej bagi tahu anaknya jugak turut mengidap penyakit darah dan terpaksa menjalani rawatan kemoterapi setiap bulan. Hancur luluh hati Lyn ketika tu, sedihnya aku mendengar ceritaLyn, kesian anaknya baru saja 3 tahun. Dari situ kami sering bertukar-tukar cerita hinggalah anaknya botak dek kesan kemoterapi tu. Sedih hanya tuhan saja yang tahu rupanya aku tidak keseorangan di dalam menghadapi ujian dan dugaan mempunyai anak yang istimewa ini. Setahun selepas Shuhaida habis menjalani kemoterapi aku sempat menyambut Hari Ulang Tahun anak Lyn yang ke-4. It's a miracle sungguh menakjubkan anak Lyn dah sembuh Dr cakap dah sihat rambut pun dah tumbuh dengan lebat, anak pun comel sangat lain benar dari tahun lepas. Setiap kali aku buat review kakak kat Hospital Tuanku Fauziah aku tak lepas peluang untuk berjumpa Lyn kat Tabung Darah. Kami rasa seperti serasi sangat sebab boleh berkongsi cerita tentang anak-anak kami. Akhirnya suatu hari Lyn fon aku nak jumpa untuk mengucapkan selamat jalan sebab dia akan bertukar tempat kerja ke Hospital Ampang. Walaupun jauh beribu batu kami masih bertanya khabar hinggalah suatu hari aku bercerita tentang anakku memerlukan rawatan untuk masukkan ubat yang kosnya amat mahal. RM40 ribu bukanlah satu angka yang kecil tapi bagi aku memang tak mampu untuk menanggung kos tu hanya untuk 4 dos. Memang aku menangis jugak la bila Dr cakap kakak kena cuba ubat tu nak tengok samada penyakitnya akan sembuh ataupun tak. Tapi alhamdulillah Dr uruskan dengan Tabung Kebajikan Hospital Selayang untuk mendapatkan bantuan. Setelah 3 bulan pending akhirnya permohonan aku diluluskan untuk 2 dos dulu. Tapi alangkah terkejutnya permohonan aku diluluskan hanya RM11 ribu dan selebihnya sebanyak RM9 ribu aku terpaksa bayar. Akhirnya aku pergi berurusan dengan KWSP untuk mengeluarkan caruman selebihnya untuk kos rawatan tersebut. Setelah selesai urusan memasukkan duit ke dalam akaun sebuah syarikat yang dilantik oleh Kementerian Kesihatan untuk kos penghantaran ubat ke Hospital Selayang, tak lama lepas tu Dr Tang menalipon bagi tarikh untuk kakak admit kat wad 8A di mana ubat tu bagi dos pertama akan disusuli dos kedua seminggu lepas tu. Tapi aku hairan sebab urusan dengan KWSP belum pun selesai tapi ubat dah boleh masuk kat kakak. Aku ada jugak tanya Dr Tang tentang baki RM9 ribu tu, Dr Tang cuma cakap tak perlu risau walaupun aku agak hairan jugak waktu tu. Satu hari ada seorang Hamba Allah cakap Dr Tang ni jenis yang suka membantu jugak, aku terfikir jugak adakah aku jugak mendapat ikhsan darinya untuk kos rawatan kakak. Waktu tu Lyn ada minta nombor akaun aku untuk masukkan sedikit duit untuk aku ringankan beban. Tapi kak tak boleh terima Lyn, kak tak boleh nak termakan budi sebab kak tak tahu bila kak dapat nak membalasnya. Mungkin Lyn kecik hati terus terputus hubungan. Aku pun menjadi serba salah, salahkah aku menolak pertolongannya? Bukan apa Lyn pun bekerja makan gaji jugak terpaksa berjauhan dengan keluarga dan menanggung anak yang sakit sama sepertiku. Semua tu memerlukan perbelanjaan yang tinggi. Mungkin Lyn mengerti perasaanku sebab dia pun seorang ibu sepertiku.  Hubungan yang terputus kini bersambung kembali setelah aku mendapat panggilan dari Lyn tadi mengatakan penyakit anaknya menyerang kembali. Aku pun sempat bercerita detik-detik kakak kritikal 27hb April hari tu kat Hospital Selayang. Sebaik saja aku bercerita tentang kakak, terus Lyn mendiamkan diri. Aku faham mungkin Lyn turut sebak mendengar cerita tentang kakak dan tak sanggup untuk mendengar cerita selanjutnya. Semuanya kerana aku dan Lyn adalah sama, senasib dan sama-sama mempunyai cerita-cerita duka. Sama-samalah kita berdoa Lyn agar anak-anak kita akan sembuh dan dapat hidup bergembira seiring dengan usia mereka. insyaallah Lyn ada jalannya... Terima kasih Dr Tang Swee Ping, Dr Lim Sern Chin dan Dr Charm yang baru bertukar sebulan yang lepas ke Hospital Tuanku Bainun, Ipoh dan tak lupa jugak Dr Jamal kat Hospital Tuanku Fauziah, Kangar yang tak henti-henti bersimpati dengan nasib aku terpaksa berulang-alik ke Kuala Lumpur sebulan sekali... Pejam-celik, pejam celik dah pun tahun ke 8 Kuala Lumpur menjadi rumah kedua kami... 

Tuesday, 9 August 2011

Renungan Buat Anakku Amirul Naqib

Wahai anakku Amirul Naqib, tabahkanlah hatimu, kuatkan semangat dan teguhkan iman. Ibu amat memahami setiap kekecewaan yang kau lalui. Tapi apakan daya ibu tak terdaya  nak membantumu, hanya iringan doa yang tiada penghujungnya.  Setiap perjalanan yang kita tempuhi tidak semestinya kita temui sesuatu yang amat sempurna, tidak semua impian yang kita inginkan akan dapat dikecapi dengan sewenangnya. Kemungkinan kita akan tempuhi jalan yang berliku, onak yang berduri yang tidak tahu bila kita akan dipertemukan dengan destinasi yang nak dituju. Segala yang kita usaha dengan bertungkus- lumus tidak semestinya akan berakhir dengan kejayaan. Fahamilah anakku Amirul Naqib, lahirnya dirimu di dunia ini telah tertulis hakikat kehidupan yang akan kau lalui.  Yang pasti setiap kelahiran dihadapi setiap ibu di dunia ini dengan berbagai-bagai dugaan ada yang begitu mudah ketika bersalin tetapi berakhir dengan keperitan hidup tak kurang yang menghadapi kesukaran tatkala nak melahirkan seorang zuriat tetapi diakhiri dengan kesenangan hidup. Jadi doa ibu agar dirimu tabah menghadapi setiap dugaan yang kau tempuhi, sesungguhnya itu adalah permulaan hidupmu dalam  menempuh alam dewasa. Allah s.w.t ada disamping kita dan ingatlah sesungguhnya kita adalah insan yang bertuah kerana terpilih di dalam menempuh setiap ujian dan dugaan walaupun berat bagi kita untuk memikulnya dan adakalanya kita terasa tak tertahan untuk menanggungnya.

Anakku Amirul Naqib,

Selagi kita bernafas kita tak akan lari dari dibelenggu bebanan masalah cuma yang dapat kita lakukan hanyalah sabar dan tabah dan terus tabah dan kuatkan diri menghadapi saat-saat itu. Sesungguhnya ada cahaya akan menerangi dan sedang menunggu di depan sana. Apa yang kau lalui sekarang bukanlah satu kegagalan tetapi permulaan dalam hidupmu dan kau harus sedar dari mimpi ngeri dan bangkit semula dan teruskan perjuanganmu dengan lebih bersemangat.  Wahai anakku, sesungguhnya jalan yang kau lalui mempunyai dua persimpangan dan kau yang harus bijak memilih jalan mana yang patut kau lalui. Satu jalan penuh onak dan ranjau berduri tetapi akan berakhir dengan kejayaan dan satu jalan yang lurus dan mudah tetapi akan berakhir dengan kekecewaan...kau pilihlah jalan mana yang terfikir dihatimu...adakah kau ingin ikut jalan yang mudah itu???

Anakku Amirul Naqib,

Sesungguhnya ibu tidak mahu melihat dirimu dan adik-adik mengalami hidup sepertimana ibu dan abah tempuhi sekarang. Mungkin anak-anak ibu tidak akan menjadi sekuat ibu didalam menangani setiap masalah, ujian dan dugaan yang telah ibu hadapi sekian lama ini, Ibu pun merasa amat bersyukur ke hadrat ilahi kerana menjadi insan yang terpilih di dalam menghadapi ujian yang amat berat ini, mungkin ada hikmah disebaliknya. Cuma bagi diri ibu, ibu kena teruskan kehidupan ini dengan penuh tabah, kuatkan semangat dan terus setia menanti saat-saat indah yang akan merubah nasib kita...insyaallah...insyaallah ada jalannya. Sama-samalah kita berdoa menanti saat itu walaupun hakikatnya PENANTIAN ITU SATU SEKSAAN.