14 Disember 2011...Suatu hari untukmu kakak..Hepy Besday Kakak, ibu ucapkan selamat menyambut ulangtahun yang ke 11. Ibu doakan agar kakak dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan diberi kesempatan untuk meneruskan kehidupan hingga ke alam dewasa sekaligus moga impian kakak akan terlaksana suatu hari nanti..insyaallah. Moga tahun 2012 yang akan menjelma tak berapa hari lagi akan merubah kehidupan kakak agar kakak akan bertambah sihat dan dapat meneruskan persekolahan hingga dapat menduduki peperiksaan UPSR dengan jayanya.
Kakak, ibu tak dapat nak beri hadiah yang mahal-mahal untuk kakak, hanya ibu dapat memberi sekalung doa buat kakak. Sori kakak ibu tak dapat nak sediakan walaupun sebiji cup cake untuk kakak sebab nampak macam tak kena hari saja hari ni. Ya la, walaupun hari ni sepatutnya kakak patut diraikan tapi disebabkan family kita tak dapat nak berkumpul, along pun tak balik lagi, kakak pulak seharian kat hospital hari ni ambik darah, urine test jumpa doktor apa semua jadi besday kakak tak dapat nak dicelebrate. So, ibu janji nanti ibu belikan kakak kek bersamaan dengan besday angah 24hb ni..sabar tau kakak..
Impian kakak untuk besday hari ni..? Emm..semestinya kakak nak jadi pengawas, kakak suruh ibu bagi tau Sir yang kakak tetap nak jadi pengawas jugak. Jadi ibu terpaksa lah mintak kakak buat dua pilihan...ibu nak juga realisasikan impian kakak supaya kakak dapat hepi agar penyakit kakak dapat duduk diam untuk seketika dan tak dapat nak aktif. Kakak cakap kalau ibu tak nak bagi tau Sir tentang bab pengawas tu, kakak nak sambut besday kat dalam Wad 7 - Wad Pediatrik Hospital Tuanku Fauziah, Kangar. Okay..okay yang ni boleh ibu tunaikan tapi nampak macam tak sempat nak buat preparation sebab hari ni hari kakak nak kena review kad Paeds Clinic. Jadi ibu pun buatlah ala kadar apa yang sempat beli cokelat-cokelat saja.
Lepas habis jumpa doktor kat Paeds Clinic tadi terus bawa kakak ke Wad 7 untuk beri cokelat-cokelat tersebut. Akhirnya kakak dapat tersenyum gembira sebab impiannya dapat jugak dilaksanakan dengan bantuan misi-misi kat dalam wad yang memperkenalkan kakak sebagai patient tetap di situ. Ramai jugak mak bapak pesakit mengucapkan hepi besday kat kakak walaupun ada yang langsung tidak mengenali kakak. Kakak dapat tersenyum riang dengan situasi yang langsung tak terlintas di fikiran. Hepi besday kakak..hepi besday kakak... Tapi sedikit terkilan sebab ibu terlupa nak rakam detik-detik manis tersebut..emm kalau ada rezeki dan diberi umur yang panjang tahun depan kita buat lagi kakak...rai kat dalam wad kanak-kanak cuma tempatnya belum pasti lagi samada di Wad 7, Hospital Tuanku Fauziah Kangar atau kat dalam Wad 8A, Hospital Selayang.
Lepas selesai segala urusan di hospital, kakak ajak pergi The Store satu-satunya pasaraya yang ada kat Kangar ni, kakak cakap dah lama tak ke sana. Kesempatan ini Ammar pulak rupa-rupanya ada jugak perasaan nak buat bagi kakak gembira, dibawa duit simpanannya yang sedia ada kat dalam kereta untuk beli something untuk kakak. Yang bestnya Ammar cakap apa yang kakak nak dia akan beli tak kira berapa harga dia akan beli untuk kakak. Rupanya senakal-nakal Ammar ada perasaan jugak Kakak cakap dia nak kasut...emm tak habis-habis ngan kasut kakak ni. Pilih punya pilih tak ada yang berkenan nampak semuanya macam jualan penghabisan stok. Akhirnya bila naik ke tingkat 3, kakak berbisik nak beli beg untuk dibawa pada hari peperiksaan. Hmm...beg pulak padahal bukannya hari-hari boleh bawak beg tu..beg sandang saja. Ammar tanpa rasa ragu-ragu terus membeli beg tersebut dengan berlatarkan gambar Princess...Princess watak kesukaan kakak. Tak mahal tapi RM20 jugak la Ammar keluarkan duit simpanannya..thank u Ammar..
Begitulah ceritanya tentang sambutan ulangtahun kakak yang ke 11 yang jatuh pada hari ni.. may u enjoy your self kakak..jangan sedih-sedih lagi. Kakak ada semua yang sentiasa menyayangi kakak...menyokong kakak dan ramai yang turut simpati dengan nasib kakak. Kakak harus kuat menempuh segala cabaran dan dugaan untuk hidup dengan lebih bersemangat...Sayang kakak...
No comments:
Post a Comment