Monday, 22 August 2011

Kenangan Lalu Mengusik Kembali..


Pagi tadi lepas anak-anak semua ke sekolah sambil baring-baring tengok tv Tanyalah Ustaz aku tertidur. Sebaik saja terjaga dari tidur tengok fon ada 2 miss call. Nama tak naik tapi rasa-rasa nombor tu macam pernah tengok. Perasaan ingin tahu siapa pemanggil, aku pun terus check fon satu lagi. Rupa-rupanya panggilan tadi dari Lyn Tabung Darah dah lama tak mendengar khabar berita dari Lyn, sejak Lyn bertukar ke Hospital Ampang kami seperti terputus hubungan. Apa khabar agaknya Lyn di ketika ini, anaknya sihat ka? Aku pun terus mesej Lyn untuk bertanya khabar, Lyn terus membalas sambil bagi tahu anaknya jatuh sakit dah admit pun kat Hospital Penang pagi tadi. Lyn kelihatan agak risau takut penyakit anaknya datang balik katanya. Ya lah bagi orang-orang yang senasib dengan kami kalau anak yang sakit dah lama sihat tak perlu nak admit kerap-kerap kat hospital tentu rasa seronok. Ini tanda anak-anak kami berpeluang untuk sembuh dan hidup normal seperti kanak-kanak lain kan. Tapi tadi Lyn kata anak dia dah 2 minggu demam tak mahu sembuh, on off katanya. Dah jumpa Dr Jamal kat Hospital Tuanku Fauziah tapi Dr Jamal nampak macam demam biasa saja hanya bagi ubat, mungkin Dr pun suspect macam Viral Fever saja. Tapi sebenarnya apa yang dilalui sama macamana aku lalui kalau kakak sakit sikit bimbangnya bukan main. Bagi anak-anak yang mengidap penyakit kronik hari ni sihat esok lusa belum tentu. Tapi aku pun tak tahu macamana keadaan anak Lyn yang sebenarnya tak tengok sendiri. Aku pun risau dengaq cerita Lyn sebab anak dia memang dah betul-betul sihat selepas menjalani beberapa sesi chemo setahun dua ni. Kalau tak teruk mesti Lyn tak rasa bimbang dan tak luahkan pada aku. Tapi aku berdoa agar anak Lyn sembuh segera dan dapat beraya kat rumah. Aku pun dah hampir lupa nama penyakit anak Lyn tapi berkaitan dengan darah jugak la tapi bukan SLE macam kakak. Kalau tak silap Lymphoma apa tah aku pun tak begitu tahu sangat. Kesian Lyn, kak amat simpati dengan Lyn baru nak rasa seronok setelah sekian lama berjauhan dengan family tersayang. Dengar kata Lyn baru sebulan dapat balik ke Perlis dan bertugas kat Klinik Kesihatan Arau. Alhamdulillah Lyn, Lyn dapat jaga anak Lyn dengan lebih sempurna kalau Lyn masih kat Hospital Ampang mesti Lyn lagi susah hati kan mana dengan tempat kerja jauh mana dengan ingatkan anak lagi.Kak ingat lagi detik-detik perkenalan kita Lyn, 8 tahun lalu Lyn on call kat Tabung Darah malam kakak kritikal. HB kakak tinggal 2 saja waktu tu. Jadi Lyn terpaksa bekerja keras untuk mendapatkan bekalan darah untuk kakak. Sejak detik itu la baru aku tahu rupanya darah kakak bukan sebarangan nak dapat. Setelah puas mencari di merata hospital tak juga dapat akhirnya baru lah darah kakak dapat dari Pusat Darah Negara tu pun dengar kata ada 3 orang saja   yang berdaftar dengan Pusat Darah Negara yang mempunyai darah yang bersesuaian dengan kakak setelah 5 hari menunggu macam menunggu buah yang tak gugur. Aku pun dah hampir-hampir meroyan ya la tatkala tu aku baru sebulan dalam pantang kat Ammar. Alhamdulillah dengan pertolongan dari Lyn darah dapat jugak akhirnya. Waktu tu aku tak berapa ambil tahu sangat bab-bab perubatan jadi tak faham Dr cakap HB anak tinggal 2 walaupun Dr ada cakap kalau orang dewasa HB 4 dah meninggal. Tapi bila aku tengok semua Dr buat kelam kabut siap Dr Jamal pukul 1 pagi pun mai melawat aku dia kata dia tak boleh tidur asyik teringatkan aku, ya la dia cakap dah la mak dalam pantang anak pun tak sedar mana, mak asyik menangis saja macam mana dia tak teringatkan aku. Waktu tu Dr Lim Boon Soo incharge kat dalam wad 7 (kini Dr Lim Boon Soo telah menjadi pakar kat PPUM) dia pun tak tidur asyik monitor kakak saja, mula la perasaan aku terdetik sesuatu yang buruk bakal berlaku. Aku pun mula menggila waktu tu habis misi-misi dan Dr-dr aku p tanya sapa yang ada darah jenis O pisitive tolonglah derma kat anak aku. Adik-beradik, rakan-taulan ramai dah yang berkumpul kat luar wad datang untuk menderma darah. Rupanya baru aku tahu darah kakak special rupanya tak ada yang dapat membantu. Begitulah nasib kakak setiap bulan terpaksa masuk darah tapi terpaksa menunggu 5-6 hari untuk dapatkan dari Pusat Darah Negara. Akhirnya Dr pun dah hairan ke mana agaknya darah kakak pergi, masuk sebulan dah hilang. Akhirnya bulan September 2003 kakak telah dirujukkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya, Petaling Jaya untuk mengenalpasti apakah punca penyakit kakak. Sebulan lepas tu baru aku dapat kenalpasti penyakit kakak ialah SLE (Systemic Lupus Eurythematosus) yang dikenali jugak penyakit seribu wajah. Penyakit ni kata Dr adalah berpunca dari genetik dan sejenis penyakit auto imun yang menyerang organ dalam badan. Untuk bagi aku faham Dr kata umpama tentera kita menyerang negara kita sendiri. Waktu tu susah aku nak gambarkan bagaimana perasaan aku sebab waktu tu aku memang dah kenal tentang penyakit tu tatkala mengandung anak ketiga, Nafis.. Tiga sepupu dengan aku meninggal disebabkan penyakit tu lah. Waktu tu dia dalam pantang anak sulung, nak dijadikan cerita dia terpilih untuk memasuki Maktab Perguruan Perlis tapi dia tak cakap yang dia dalam pantang. Jadi waktu minggu orientasi teruk berjemur panas sakit pun mula menjelma. Tatkala aku melawatnya kat hospital Dr cakap dia kena SLE, tak boleh kena matahari. Aku memang terpinga-pinga jugak penyakit apa yang tak boleh kena matahari ni. Genap seminggu dia dirawat akhirnya dia menghembuskan nafas terakhir. Lagi la aku hairan penyakit apa ni seminggu saja dah tak dapat diselamatkan. Akhirnya apabila kakak disahkan oleh Dr kat PPUM mengidap SLE bayangkan bagaimana perasaan aku ketika tu, waktu tu aku menangis teresak-esak tak dapat nak menerima kenyataan sebab aku dah tau serba sikit tentang SLE. Dr pun hairan sebab apa aku begitu sedih sangat-sangat sedangkan dia belum pun bagi tahu secara detail tentang penyakit tu. Aku tak boleh nak cakap dengan Dr asyik menangis dan terus menangis akhirnya Dr suruh aku tulis kat dalam kertas  apa yang tersirat kat dalam hati aku ketika tu. Setelah aku berterus-terang dengan Dr bahawa aku ada saudara yang mengidap penyakit tu dan meninggal seminggu selepas mendapatkan rawatan akhirnya Dr telah menghantar aku untuk menjalani kaunseling. Setelah menjalani kaunseling aku pun mula dapat menerima kenyataan tentang hakikat penyakit anak aku.Mujurlah penyakit kakak dapat dikesan pada peringkat awal. Bukan bermakna aku dapat menerima 100% apa yang Dr cakap cuma aku dapat terima nasihat Dr yang menyuruh aku banyak bersabar dan cuba untuk mempelajari tentang penyakit anakku. Aku banyak ambil artikel-artikel dari internet dan banyak menyimpan keratan-keratan akhbar tentang penyakit SLE untuk menambah pengetahuan tentang SLE. Ada benarnya jugak kata Dr kalau aku terus melayan perasaan sedih siapa yang nak menjaga kakak dia pun bukannya tahu apa-apa lagi baru 2 tahun 9 bulan dan tak tahu pun apa erti sebenar tentang penderitaan yang bakal ditanggungnya. Akhirnya aku kuatkan semangat dan cuba mengambil berat dari jenis-jenis ubat yang kakak terpaksa ambil sepanjang hayatnya juga mula belajar untuk membaca keputusan-keputusan darah. Setelah 8 tahun aku menjaga kakak dan dapat mengenali jenis-jenis ubat yang diambil, kesan-kesan sampingan jugak dapat merasai seandainya penyakit kakak tengah aktif. Berbalik dengan kisah Lyn walaupun Lyn dah lali dengan nama Nasuha Qistina tapi dia tak kenalpun empunya diri hinggalah suatu hari pada awal tahun 2007 waktu tu aku on the way nak balik ke Perlis setelah balik dari buat rawatan gigi kakak kat PPPUM cabut gigi under g.a. Hidup kakak begitu sukar sekali hinggakan nak cabut gigi pun tak boleh buat kat Hospital Tuanku Fauziah, admit kat Hospital Alor Setar ketika tu pun tak boleh nak buat apa-apa hanya kerana tak dapat bekalan darah. Dalam perjalanan balik dari PPUM tu lah mak bagi tahu Nafis kena demam campak aku terus jadi takut sebab Dr dah cakap kakak kena elakkan dari pesakit campak kalau tidak dia akan jadi teruk sebab campak tu akan mula menyerang organ-organ dalaman. Aku pun terus menalipon Dr Jamal kat Kangar bagi tau tentang Nafis terus Dr Jamal cadangkan agar Nafis admit saja kat wad 7 untuk elakkan kakak terkena jangkitan. Akhirnya aku sampai kat rumah jam 1 pagi terus basuh kain-kain baju dan prepare untuk Nafis nak admit pulak. Letih bukan kepalang jam 7 pagi setelah angah ke sekolah sebelum kakak terjaga dari tidur terus kami ke Hospital Tuanku Fauziah bawa Nafis. Nafis diletakkan dalam bilik pengasingan dan Dr sarankan agar kakak tak dibenarkan datang melawat. Bermula detik itu lah aku kenal Lyn secara dekat sebab dia merasa hairan kenapa demam campak pun nak kena admit jugak. Setelah aku bercerita tentang kakak barulah kami pun rancak bercerita mula Lyn pun teringin sangat nak tengok kakak sebab dia dah lama kenal dengan nama Nasuha Qistina ni katanya nama ni cukup famous kat makmal. Waktu tu anak Lyn, Shuhaida demam dah sebulan tapi tak dapat kesan puncanya tapi aku tengok badan anaknya penuh dengan kesan-kesan lebam. Dari apa yang aku faham situasi anak Lyn ni ada kena mengena dengan penyakit darah. Aku memberanikan diri untuk membayangkan tentang apa yang aku rasa. Tapi Lyn kan kerja kat Tabung Darah dia lebih arif daripada aku tentang penyakit-penyakit ni. Lyn cakap dia dah buat ujian sendiri kat anak dia setelah Dr kata anak dia tak ada apa-apa. Hasil ujian yang Lyn buat juga tak dapat kesan apa-apa waktu tu. Hinggalah satu hari Nafis nak discharge setelah 10 hari kat dalam wad 7 tu anak Lyn pun turut discharge. Tapi Lyn cakap 2 hari lagi anak dia kena admit lagi untuk dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk menjalani ujian mengesan apa sebenarnya yang menimpa anak Lyn. Kami sempat bertukar nombor talipon untuk bertanyakan khabar anak-anak kami. Setelah 3 hari anak Lyn kat Hospital Pulau Pinang akhirnya Lyn hantar mesej bagi tahu anaknya jugak turut mengidap penyakit darah dan terpaksa menjalani rawatan kemoterapi setiap bulan. Hancur luluh hati Lyn ketika tu, sedihnya aku mendengar ceritaLyn, kesian anaknya baru saja 3 tahun. Dari situ kami sering bertukar-tukar cerita hinggalah anaknya botak dek kesan kemoterapi tu. Sedih hanya tuhan saja yang tahu rupanya aku tidak keseorangan di dalam menghadapi ujian dan dugaan mempunyai anak yang istimewa ini. Setahun selepas Shuhaida habis menjalani kemoterapi aku sempat menyambut Hari Ulang Tahun anak Lyn yang ke-4. It's a miracle sungguh menakjubkan anak Lyn dah sembuh Dr cakap dah sihat rambut pun dah tumbuh dengan lebat, anak pun comel sangat lain benar dari tahun lepas. Setiap kali aku buat review kakak kat Hospital Tuanku Fauziah aku tak lepas peluang untuk berjumpa Lyn kat Tabung Darah. Kami rasa seperti serasi sangat sebab boleh berkongsi cerita tentang anak-anak kami. Akhirnya suatu hari Lyn fon aku nak jumpa untuk mengucapkan selamat jalan sebab dia akan bertukar tempat kerja ke Hospital Ampang. Walaupun jauh beribu batu kami masih bertanya khabar hinggalah suatu hari aku bercerita tentang anakku memerlukan rawatan untuk masukkan ubat yang kosnya amat mahal. RM40 ribu bukanlah satu angka yang kecil tapi bagi aku memang tak mampu untuk menanggung kos tu hanya untuk 4 dos. Memang aku menangis jugak la bila Dr cakap kakak kena cuba ubat tu nak tengok samada penyakitnya akan sembuh ataupun tak. Tapi alhamdulillah Dr uruskan dengan Tabung Kebajikan Hospital Selayang untuk mendapatkan bantuan. Setelah 3 bulan pending akhirnya permohonan aku diluluskan untuk 2 dos dulu. Tapi alangkah terkejutnya permohonan aku diluluskan hanya RM11 ribu dan selebihnya sebanyak RM9 ribu aku terpaksa bayar. Akhirnya aku pergi berurusan dengan KWSP untuk mengeluarkan caruman selebihnya untuk kos rawatan tersebut. Setelah selesai urusan memasukkan duit ke dalam akaun sebuah syarikat yang dilantik oleh Kementerian Kesihatan untuk kos penghantaran ubat ke Hospital Selayang, tak lama lepas tu Dr Tang menalipon bagi tarikh untuk kakak admit kat wad 8A di mana ubat tu bagi dos pertama akan disusuli dos kedua seminggu lepas tu. Tapi aku hairan sebab urusan dengan KWSP belum pun selesai tapi ubat dah boleh masuk kat kakak. Aku ada jugak tanya Dr Tang tentang baki RM9 ribu tu, Dr Tang cuma cakap tak perlu risau walaupun aku agak hairan jugak waktu tu. Satu hari ada seorang Hamba Allah cakap Dr Tang ni jenis yang suka membantu jugak, aku terfikir jugak adakah aku jugak mendapat ikhsan darinya untuk kos rawatan kakak. Waktu tu Lyn ada minta nombor akaun aku untuk masukkan sedikit duit untuk aku ringankan beban. Tapi kak tak boleh terima Lyn, kak tak boleh nak termakan budi sebab kak tak tahu bila kak dapat nak membalasnya. Mungkin Lyn kecik hati terus terputus hubungan. Aku pun menjadi serba salah, salahkah aku menolak pertolongannya? Bukan apa Lyn pun bekerja makan gaji jugak terpaksa berjauhan dengan keluarga dan menanggung anak yang sakit sama sepertiku. Semua tu memerlukan perbelanjaan yang tinggi. Mungkin Lyn mengerti perasaanku sebab dia pun seorang ibu sepertiku.  Hubungan yang terputus kini bersambung kembali setelah aku mendapat panggilan dari Lyn tadi mengatakan penyakit anaknya menyerang kembali. Aku pun sempat bercerita detik-detik kakak kritikal 27hb April hari tu kat Hospital Selayang. Sebaik saja aku bercerita tentang kakak, terus Lyn mendiamkan diri. Aku faham mungkin Lyn turut sebak mendengar cerita tentang kakak dan tak sanggup untuk mendengar cerita selanjutnya. Semuanya kerana aku dan Lyn adalah sama, senasib dan sama-sama mempunyai cerita-cerita duka. Sama-samalah kita berdoa Lyn agar anak-anak kita akan sembuh dan dapat hidup bergembira seiring dengan usia mereka. insyaallah Lyn ada jalannya... Terima kasih Dr Tang Swee Ping, Dr Lim Sern Chin dan Dr Charm yang baru bertukar sebulan yang lepas ke Hospital Tuanku Bainun, Ipoh dan tak lupa jugak Dr Jamal kat Hospital Tuanku Fauziah, Kangar yang tak henti-henti bersimpati dengan nasib aku terpaksa berulang-alik ke Kuala Lumpur sebulan sekali... Pejam-celik, pejam celik dah pun tahun ke 8 Kuala Lumpur menjadi rumah kedua kami... 

No comments:

Post a Comment