Wahai anakku Amirul Naqib, tabahkanlah hatimu, kuatkan semangat dan teguhkan iman. Ibu amat memahami setiap kekecewaan yang kau lalui. Tapi apakan daya ibu tak terdaya nak membantumu, hanya iringan doa yang tiada penghujungnya. Setiap perjalanan yang kita tempuhi tidak semestinya kita temui sesuatu yang amat sempurna, tidak semua impian yang kita inginkan akan dapat dikecapi dengan sewenangnya. Kemungkinan kita akan tempuhi jalan yang berliku, onak yang berduri yang tidak tahu bila kita akan dipertemukan dengan destinasi yang nak dituju. Segala yang kita usaha dengan bertungkus- lumus tidak semestinya akan berakhir dengan kejayaan. Fahamilah anakku Amirul Naqib, lahirnya dirimu di dunia ini telah tertulis hakikat kehidupan yang akan kau lalui. Yang pasti setiap kelahiran dihadapi setiap ibu di dunia ini dengan berbagai-bagai dugaan ada yang begitu mudah ketika bersalin tetapi berakhir dengan keperitan hidup tak kurang yang menghadapi kesukaran tatkala nak melahirkan seorang zuriat tetapi diakhiri dengan kesenangan hidup. Jadi doa ibu agar dirimu tabah menghadapi setiap dugaan yang kau tempuhi, sesungguhnya itu adalah permulaan hidupmu dalam menempuh alam dewasa. Allah s.w.t ada disamping kita dan ingatlah sesungguhnya kita adalah insan yang bertuah kerana terpilih di dalam menempuh setiap ujian dan dugaan walaupun berat bagi kita untuk memikulnya dan adakalanya kita terasa tak tertahan untuk menanggungnya.
Anakku Amirul Naqib,
Selagi kita bernafas kita tak akan lari dari dibelenggu bebanan masalah cuma yang dapat kita lakukan hanyalah sabar dan tabah dan terus tabah dan kuatkan diri menghadapi saat-saat itu. Sesungguhnya ada cahaya akan menerangi dan sedang menunggu di depan sana. Apa yang kau lalui sekarang bukanlah satu kegagalan tetapi permulaan dalam hidupmu dan kau harus sedar dari mimpi ngeri dan bangkit semula dan teruskan perjuanganmu dengan lebih bersemangat. Wahai anakku, sesungguhnya jalan yang kau lalui mempunyai dua persimpangan dan kau yang harus bijak memilih jalan mana yang patut kau lalui. Satu jalan penuh onak dan ranjau berduri tetapi akan berakhir dengan kejayaan dan satu jalan yang lurus dan mudah tetapi akan berakhir dengan kekecewaan...kau pilihlah jalan mana yang terfikir dihatimu...adakah kau ingin ikut jalan yang mudah itu???
Anakku Amirul Naqib,
Sesungguhnya ibu tidak mahu melihat dirimu dan adik-adik mengalami hidup sepertimana ibu dan abah tempuhi sekarang. Mungkin anak-anak ibu tidak akan menjadi sekuat ibu didalam menangani setiap masalah, ujian dan dugaan yang telah ibu hadapi sekian lama ini, Ibu pun merasa amat bersyukur ke hadrat ilahi kerana menjadi insan yang terpilih di dalam menghadapi ujian yang amat berat ini, mungkin ada hikmah disebaliknya. Cuma bagi diri ibu, ibu kena teruskan kehidupan ini dengan penuh tabah, kuatkan semangat dan terus setia menanti saat-saat indah yang akan merubah nasib kita...insyaallah...insyaallah ada jalannya. Sama-samalah kita berdoa menanti saat itu walaupun hakikatnya PENANTIAN ITU SATU SEKSAAN.
jam silap bru post x smpai 10 minit ja pkul1040pm dia tulis 7..29 poorah
ReplyDelete:)